Blogger Template by Blogcrowds

Hakikat Sebenar 'Memancing'





tepat jam 5 lebey pagi waktu tempatan, kami (arep, haq, jad, adie, aku) pgla memancing kt area Nil Talkha tu...best jgk klua pagi2 kt mesir ni, sejuk n nyaman je. ni la pemandangan suasana di Nil waktu pagi, cantikkn? tau xpe

sebenarnya harini aku nk share sumthing about memancing ni: actually memancing ni ade 5 prinsip asas yg perlu di dititikberatkan sepanjang pemancingan tu, hee

  1. niat: haa, ape motif sbnrnya korg nk memancing ni? adekah korg btul2 nk tangkap wat santapan? nk pelihara dlm aquarium? tangkap lepas blk? or saje2 buang masa? (tepuk dada tanya selera) haha
  2. lubuk: haa, ni penting ni... if korg nk jenis yg best2, korg kne la cari lubuk yg best. for example, if korg nk jenis yg 'superb', cari la kt tempat yg bebaik kn. if memancing tempat x senonoh, jgn harap la dapat yg sempurna :)
  3. umpan: tanpa umpan, pemancingan anda hanyala sesia je rakan2. sebab umpan ni la akan menjadi daya penariknya. jenis2 umpan ni lebih bergantung la kt lumrah mangsa tu sendiri, maybe ade yg cair kt santapan pemancing, hati budi , paras rupa, or even kekayaan duniawi, dan mcm2 reason lg la, hee
  4. sabar: haaaa...ni la part dimana ramai tumpas ngan aktiviti ni. kejap je try memancing, dh surrender..ape2 ntah. trus kecewa n bertukar tempat memancing. jenis yg susah dipancing, for sure la memerlukan kesabaran yg tinggi, tp if we put good effort, someday somehow ikan tu 'makan' jgk :) yakinlah~ hee
  5. doa: haa, yg ni org slalu lupa. sebab cmna pn tuhan gak menentukan segalanya. dia lah yg mengubah hati makhluk2 nya kn.if smua bermula denga baek, insyaallah jd. if x dapat ape yg dihajati, tuhan akan gantikan dengan yg sepadan or yg lebih baek dari ape yg kte nk. hav faith :)
p/s: aku ckp umum ye, suka hati korg la nk ckp memancing tu utk ape ke kn...hee

Mokmen, dan kisah disebaliknya

Setelah exam abes, bermula la kembali aktiviti rutin = (membuang masa) kitorg pn klua aaa ramai2 pegi Mokmen.

dibawah ni gambar jejaka-jejaka tampan lagi bergaya..err (cm do je)

dari kanan: ayob cartoonist, sis superman, pah kiler, amir rocker, nonsense,
arep LMT (lelaki melayu terakhir)
dari kiri: sabu, capit wer, koji DQ, adie timber, jad jutawan, padil nakamura

p/s: ade mana2 yg berkenan gitau aku ye.leh je adjustkan diorg ni, hahaha..


so after the dinner,kitorg pn klua la dari Mokmen..kluar-kluar je dari Mokmen,
kelihatan 2-3 girls arab berusia lingkungan 10-13 tahun nangis2 menagih simpati.
memangla nk ikutkn kita kne tolong mana yg termampu, dpt byk pahala kot..tp yg
kurang enaknya terjadi apabila...

  • diorg paksa bagi duit sampai tarik2 baju,menghalang perjalanan kitorg, pegang badan nih,euuuww (gedik)..(mangsa2 x perlu la disebut) hahaa
  • if sorg dapat, rakan2 diorg lain sekitar tu pn berkejar nk jugak habuan (sbb yg awl2 dapat tu panggil) setiakawan kot..hee
  • ade org crita, budak2 ni ble dapat2 duit tu, diorg gi Metro beli air. mak aii, Metro kot..silap2 diorg ni lagi loaded dari kita

" klahassssssssssssssssss ya bints!!" jerit salah seorang daripada kami

seriouship mamat yg jerit tu cool gle..agagaga


so if nk menderma, berhati2 la ye, jgn maen sebat je memberi. ape2 pun, janji kita

ikhlas kn. berkat dunia akhirat.


Away

  • I'll have my finale exam soon
  • 5 days from now
  • so there'll be no post till the end of the exam
  • i want to apologize
  • for any wrong-doing
  • no hard feeling guys
  • wish me luck in my finale
  • pray for me too
  • just wait for my next post
  • thanks for supporting
  • if you have any opinions to improve this blog,
  • don't hesitate to tell me.
  • thanks for reading!
  • salam

Coke, how fascinating you are..

(Cherry Coke leh di dapati di Metro, Mansoura, promote sat)



Apa2 pn, original Coke tetap di hati.aku tatau la cmna leh tersangkut ngan mende

nih. tapi mmg sedap la Coke ni. aku tatau nk buktikan Coke ni lagi best dari Pepsi,

tp masih ramai cakap Pepsi lagi best. korang telah melakukan satu kesilapan

besar
dalam memilih
, hehe



ape yg ade dalam Coke ni?

  • air + gas yg mampu menggegarkan GIT anda, hehe
  • caffeine yang membuat anda ter'sangkut' dengannya
  • asid fosforik yg mampu menghakis gigi anda
  • banyak lagi la, nk tau laen surf tenet tu, jgn nk memalas
waktu bahagia aku ngan Coke?
  • waktu minum tu kn, korang akan melangkah ke satu alam di mana mata korang menahan kebilan mata (cm crying sket aa) akibat gas yg tinggi dlm coke tu. tu la moment plg best minum coke ni, hee
  • haa, apabila korang letak Coke korang kt dlm peti ais dan biarkan sehingga ia berada dalam keadaan separa ais (cm ice-blended) tu. perh, gegarrrr
waktu sengsara bersama Coke?
  • bila Coke aku dalam peti ais diminum sesuka hati oleh rakan2 satu imarah. KORANG INGAT FREE KE SYAI***? haha (kondem)
p\s: Coke ni support Israel ngan US ma. jgn minum! huhu (nasihat diri sendiri)

Battlefield : Mansoura Edition

Lokasi riot? : berhadapan Imarah Pink


Masa pertempuran? : semalam, area 11 malam


Sebab kemusykilan? : tatau, tp previous riot sebab duit


Slalu ke berlaku? : sminggu skali sejak akhir2 ni


Mengapa bukan lorong laen? : ntah, ape yg best lorong ni pn aku tatau


Saje nk crita psl lorong uma aku ni, sebabnya kt lorong ni la, kami (warga blok

pink) sudah terbiasa dengan riot arab
. buku lima, pisau, kayu, titisan

keringat, jeritan
menjadi bukti riot yg berlaku .


Tak tenang dibuatnya bila diorg gaduh ni. yela, pintu kitorg manela reti nk

bertutup, wat2 diorg naek rumah kitorg nati, x sempat balik malaysia.



Memandangkan ade camera Padil, so aku sempat la snap few pics but sorry if x

jelas (bkn sbb shaking
, tp gelap sebenarnya) if pakai flash nati diorg prasn

plak...hee







(Click to maximize)

p/s: bila la mansoura ni nk aman





Sehari Bersama Pakar Bekam

(NOT FOR FAINT-HEARTED)

Bekam or cupping adalah one of the method utk buang darah kotor dari badan kita . bekam ni dh lama je, jadi amalan Rasulullah satu ketika dahulu (sunnah tu). dulu gunakan gading, but now dh hadhari kn :p,so dh ade la set bekam moden

so
aku pgla wat bekam kt saudara ZAI KILER (bukan nama sebenar), dibantu photo shooter HAQ VISTA dan penaja utama, NIKE.

1) Set bekam modern ni mmg menakutkan, terdiri daripada cups, alcohol, pisau cukur, pumper, tissue, and bandage tambahan (jika kecelakaan berlaku) hee


2)
Urutan dilakukan sebelum procedur demi kelancaran aliran darah. Kemudian
pumper digunakan utk proses 'cupping' -rujuk gambar di atas


3) Alat radas dibiarkan 5-7 minit demi penggumpalan darah. ketika inilah pain pathway mula diaktifkan (2 prosedur seterusnya seriously memedihkan), hehe



4)
Setelah cup dibuka, alkohol disapu di kawasan bekam. sebilah picau cukur yg tajam di hiriskan di kawasan bekam bertujuan untuk melukakan.

5) Proses cupping dilakukan semula demi mengeluarkan darah. see, tu la darah kotor aku. (^_^)


Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah bersabda : "Kesembuhan (ubat) itu ada pada tiga
cara: dengan minum madu, berbekam, dan dengan besi panas. Dan aku melarang
ummatku dengan besi panas." (Hadist Bukhari)


hubungi ZAI KILLER utk rawatan percuma! hee


(SSK)

Di hari jumaat yg mulia ni, izinkan aku nk mendedahkan satu kemusykilan yg sering di praktikkan pelajar lelaki Malaysia kt cni sekian lama (bukan smua la, segelintir~) hehe. yakni tajuk kt atas tu la.tau x ape SSK? haa aku tau korg tatau sebab aku yg baru cipta nama tu, haha.

SSK tu dikata ertikan sebagai SYNDROME SKIP KHUTBAH.

adakah anda terdiri dari golongan2 tersebut? sila check diagnosis and symptoms di bwh ni;

  1. masjid dekat ngan uma, so khutbah tu leh je di dengar dari bilik kte sendiri (samar2 je pn). so student2 ni slalu la leh budget, bila dah nk start je smyg, br nk rushing pergi, itupun kalau bajet btul la. (mazhab mana la korg ikut)
  2. Khutbah kt cni in arabic kn, so agak susa sket nk phm, heee. spesis ni berpendapat, baek xya gi, bukan paham pun (alasan mmjg)
  3. member tunggu member, alasan yg pd aku cukup x munasabah, ahaha. padahal mmg niat nk skip khutbah, kn2. aku tau
  4. sengaja or tidak sengaja menidurkan diri sebelum smyg jumaat, manusia2 jenis ni xleh disalahkan. cume yg salah tu bila dh nk dekat smyg jumaat tu la br nk tdo, tu mmg xleh bla.
  5. saje nk pekena kan member, x kejut semayang jumaat. pas2 nati mengejek member x gi smyg jumaat. ingat klaka ke? (sape2 yg wat ni, anda mmg jahil) haha
act aku tergolong gak dlm penyakit SSK ni, itupn sebab katil puaka oren aku tu.

phm2 korg la aku dari which group kn, hee. doakan aku berubah, jd seorang

mukmin yg baek, ameen



Katil Puaka Di Blok Pink!

Katil yg telah meragut berpuluh2 jam waktu study student medic kt Egypt ni. Antara mangsa2 yg terkena adalah bahananya adalah editor itu sendiri (sbb tu katil aku) hehe. Mangsa laen seperti Bundle, Taqi, Padil, Jad, dan ramai lg.

Dibawah adalah temubual editor sendiri ngan mangsa keadaan, saudara Taqi

Editor: cmna leh terdetik nk lepak kt katil tu? knape x katil laen kt Blok Pink ni? ade ape2 yg luar biasa ke tentang katil tu?

Mangsa: hmm, sebab mula2 saya masuk bilik, nampak katil tu cam sungguh selesa. saya duduk la atasnye sambil tengok Yan ber-Dota or tengok movie.

Editor: ape spesifikasi katil tu yg saudara npk sangat selesa?

Mangsa: hmm, 1st time alami pengalaman ngeri ni ketika musim winter aritu. Maybe sebab katil tu ade comforter tebal, colour oren lagi tu, heee.cam ‘sedap’ je.

Editor: ade ape2 mimpi ngeri x yang saudara alami sepanjang beristirehat kt katil puaka tu?

Mangsa: Wooo, macam2 saya mimpi (kne dirahsiakn atas sebab2 mengaibkan) haha. cuma 1 je yg sangat biasa saya alami. Start lelap mata jam 3 pm, sedar-sedar sudah jam 5.30 pm, padahal rasa kejap je.

Editor: apakah yang saudara mampu lakukan apabila berhadapan puaka tersebut?

Mangsa: hanya mampu terjaga tetapi tak mampu nk bangun. kena tarik bantal, tarik selimut. sambung lagi 1-2 jam camtu (tak puas)

Editor: so ape nasihat saudara kepada org laen yg lum terkena puaka katil oren ni?

Mangsa: korang~ ni nasihat aku yg dah ter 'addict' ngan katil puaka tersebut. setiap lepas smyg jumaat mesti mau punya. JANGAN CUBA MENHAMPIRINYA. (biar aku je yg leh tido sana) hehe. Kalau kuat iman, cubela..

Indo Mie dan kehebatannya!

korg familiar x ngan mknn segera tuh? (soalan bodo) hehe. for those yg tgh sengkek, malas masak, or mls nk kluar mkn, it will be the best solution nk ilangkn kelaparan. (saje merapu crita psl ni sbb br je mkn ngan padil)

cara memasak (berdasarkan pek dibelakang):

  • masukkan Indo Mie ke dalam air mendidih 400 CC (kte ML dia CC)
  • aduk pelan-pelan selama 3 menit (meggi kte 5 minit kot)
  • sesudah itu masukkan bumbu, minyak sayur, serbuk cabe (chabai or cili) dan aduk lagi sebentar
  • siap untuk dihidangkan
p/s: "Indo Mie dapat juga dimakan langsung seperti kerupuk" (ramai x prasn

mende ni ade kt pack tuh) pasni gi cari tau!


PRECAUTION:

  • ketika bukak peket minyak sayur tu, bebaik weh. kne bukak slow2, kebarangkalian slua or baju korg kne minyak tu tinggi gila. skali kena, sure berbulu nye. hahaha
  • dh makan megi tu, jauh2 kan la sendawa kt depan muka member. series keji gila perbuatan ni. busuk tau x?
  • jgn makan mende ni byk2, x elok utk kesihatan. tp if anda terdiri dari ketiga-tiga puak yg saya dh sebutkn td tu, korg dikecualikan, hehe


haaa, aku baru je abes tgk crita nih (dh brape kali ulang ntah). sure korg familiar gle kn dgn crita ni. even crita ni dh hampir 7-8 tahun klua,tapi tetap menyentuh jiwa. kelakian aku pn tercabar gak ble mata terkebil2 tgk. if gurls, xya crita la, sure dh prepare sekotak tisu kt sebelah, agagaga.

synopsis: crita psl Shah Rukh Khan (anak) yg semang sgt nk kawin ngan Kajol even dibantah oleh Amitabh Bachchan (ayah). so keluarga Raichan berpecahla. Hitrik Roshan (anak kedua) pula kembali menyatukan mereka anak beranak ni setelah lama berpisah, sob3

-yg best dari crita ni?

  • kasih sayang insan bergelar ibu bapa yg tidak berpenghujung
  • kemarahan ibu ayah adalah kerana kasih sayangnya, utk kebaikan anak2 jgk
  • stiap ahli keluarga harus memainkan peranan utk mengeratkn pertalian satu sama laen
  • if kte suka ngan org tu,kte kne kawin ngan org tu, bkn ngan org laen ;)
-yg kurang best?
  • certain people said crita ni lagi baek if part 'sexy' Kareena Kapoor tu kurang ditonjolkn, tanpa part2 tu pn filem ni dah cukup best dh
  • Rani Mukherji jadi special appearance je kt filem ni. aku nk Rani jd heroin laaa. xmo kajol, kajol x best, huhu

so sape2 yg blum tgk or nk ulang blk tgk crita ni, leh bwk thumbdrive dtg blk

aku...jgn bwk hard disk,nati korg sedut smua muvie aku..ahahaa

ketika aku insomniac..

untuk pengetahuan korg, aku ni bab tido mmg x agak2. tp lately ni nk tdo pn x leh,tensi2. so aku ni leh la dikategorikan sbgi insomnia. (insomniac) <---- [bahasa standard skrg] adeh. apsl aaa? mlm berjaga, pagi tido, apela nk jd

korg sure heran aku watpe mlm2 kn? ermm, errr [haaa mula la fikir kotor tu] siot tul. cube la fikir aku bgn
tahajud ke, bgn qiam ke, aihhh [positive sket] heee. kurang2 pn study ke kn. tp yg tak enaknya apabila hal2 dibawah ni terjadi.

  • apabila si chem ajak dota la, (raje dota 'kot') padahal lo*er, hehe. skrg ni duk guna Tiny je perangkap hero. ape yg best pn aku tatau (kdg2 stret 4 game) gilaa kn
  • acap, amir, adie plak dlm 9-10 lebey ajak klua mkn Nusan...pastu balek sheesya plak
  • dak padil kdg2 layan battlefield...kne la doakn dia mng,if not dia dok repeat je la maen smpi mng, huhu [dia maen kt laptop aku kn] haha.
  • melayan VIP tetap seperti Datuk Izzad jutawan, uhuhu. biasela, bisnes jankamasa pjg, haha. td dpt aku merasa pizza hut dia blanja. tq bro
  • pas subuh semalam aku smlm gi bilik pah wat bekam darah (xde keje kn?) adeh [p/s: pah,dh la sakit,ade parut lak tu, siotla waaa]
  • ni haa dak haq datang bilik,dhla kacau aku maen dota,pas2 leh lak berlagak si taqi nk install vista kt pc dia. haq2,ngan dunia ko je, huh!
  • syapik plak x abes2 update blog dia. bosan2 aku gi sakat2 dia, huhu

tu la rutin kehidupan malam aku lately. aku rase aku kne change blk la jadual

kehidupan aku ni.
doakan la aku dpt~ sekian

Boys Like Girls -Thunder


just the chorus part..

Your voice was the soundtrack of my summer
Do you know you're unlike any other?
You'll always be my thunder, and I said
Your eyes are the brightest of all the colors
I don't wanna ever love another
You'll always be my thunder
So bring on the rain
And bring on the thunder

p/s: and yet, the best acoustic duo ever...believe me!

fakta 'hot' tentang mesir

Tarikan sesuatu tempat bukanlah bergantung pada cuacanya, taraf hidupnya, maupun tempat perlancongannya, tapi gantung kepada PEOPLE nya. jika bagus budi bahasanya, elok pada gayanya, manis tutur katanya, maka dengan tak semena2 cantik la tempat tu :)

so kt cni aku nk listkn 5 kelebihan and 5 kekurangan egyptian;

kelebihan

  • mempunyai daya ingatan yg kuat dan superb. maybe sbb slalu makan kurma, tin or zaitun kot. x pn byk hafaz Quran. if kt Malaysia, bdk2 DQ ngan Maahad je la kn, huhu.
  • ketika kemalangan (accident), 5 minit setel ma. lepas sorg2 dh bg point2 n bertikam lidah,pastu lerai la. kt Malaysia kurang2 balai kot. sng setel cara baek
  • suka menolong orang laen. orang arab people ni mmg x hesitate nk tolong if diorg nk tolong. yg xnk tolong tu xya la crita kn
  • mempunyai bonding yang kuat btw each other, coz they care psl kawan2 or jiran2 mereka
  • haaa, brg murah. so sng aaa nk shopping woo,sape2 yg duk UK dtg cni sure kate murah gle, haha. Malaysia mhl kot,minyak naek kn, trima kasih malaysia
kekurangan
  • kehidupan diorg ni tidak bersistem lgsg (sambil bengang). still mcm time zaman firaun lg. at least watla perubahan membina sket kn, haihh..
  • mereka adalah kaum [katak bwh piramid] ble jumpa org2 spesis ni,korg phm2 la. ejek "hungga bungga" la,nyanyi lagu lion king, n byk lg la kutukan bodo (sbb diorg ingat kte duk atas pokok lg cm tarzan) bodo gak diorg ni
  • kaki kencing~ haa, baek2 rakan2. aku yg dh duk 2 taun kt cni pn still kne kencing gak kdg2 (tp ngan chem aaa) ahahaa. ingat lg awl2 dlu naek teksi 50 genih, pdhl x smpi 10 genih pn. as usual,haram la anak bini korg mkn
  • pengotor! bhn2 mknn diorg time nk serve tu, gila x bersih. sape x biasa sure x lalu nk mkn nye, series.
  • janji arab! haaa, aku bg simple analogi..if janji melayu lambat 15 min-30 min, tp janji arab ni kn, maen jam kot, ahahaa. 1-2 jam x lari, series. diorg ni mmg xleh dipercayai

aku seorang blogger?


sebab aku wat blog nih? [gamba mcm Brigade Ababil plak]

1st : ingin menilai dunia dari kaca-mata aku sendiri
2nd: influence daripada rakan sebaya. yela, semua ade blog, aku pn nk gak
3rd: damn bored sbb takde mende nk wat. exam kot
4th: sbb cam cool je if ade blog. mcm dak acap aa (eh,dak acap x cool) silap2, sososoosss
5th: nk mencurahkan idea2 crap aku, huahaha (gelak jahat)

(aku dh npk semangat inkuiri korg nk baca next post aku) hahaha

yela2, aku update secepat mungkin k.
layan~

Newer Posts Home